Tuesday, July 15, 2014

Kelas Tuisyen Agama dan Al-Quran

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



Semua ibu Bapa mahukan Anak-anak mereka,

·        Cemerlang dalam pencapaian akademik
·        Dapat membaca al-Quran dengan betul dan lancar
·        Sedar kepentingan menuntut Ilmu
·        Bermotivasi untuk Berjaya
·        Dapat mempelajari Fardhu ain secara teori dan praktikal

Atau Adakah Ingin belajar al-Quran namun malu dan tiada masa?

Sekiranya hal ini berlaku kepada anda, Maka kami di Akademi Al-Faqeh ingin membantu anda untuk menyelesaikan masalah ini.  Impian ibu bapa untuk melihat anaknya berjaya juga adalah impian dan matlamat kami.

Pusat tuisyen Akademi Al-Faqeh adalah berasaskan Home tuition yang mana kami menekankan kepuasan pelanggan yang inginkan kualiti dan fokus apabila berlangsungnya sesi pembelajaran.

Akademi Al-Faqeh ini mengambil pendekatan “al-Quran hudan linnas” iaitu Al-Quran merupakan petunjuk. Maka kami Memberi Fokus pada bidang al-Quran dan pengajian Agama Islam dan fardhu ‘ain.
Antara mata pelajaran yang diajar adalah seperti pendidikan islam, bahasa arab, sirah, membaca Al-Quran dan Tajwid, pendidikan syariah islamiah dan pendidikan Al-Quran dan Al-sunnah. Selain itu juga. Kami juga memberi fokus kepada Fardhu Ain yang mana ianya sangat penting bagi setiap insan yang bergelar muslim.

Kelebihan yang ada pada kami ialah tutor terdiri dari kalangan guru-guru sekolah dan juga Pemegang ijazah dalam bidang pengajian Islam yang diiktiraf. Tutor ini sememangnya dilatih dalam bidang pendidikan dan akan memberi komitmen dan kerjasama kepada para ibu bapa dan pelajar. Bukan sekadar mengajar, malah merupakan 'mentor' yang dapat memberi motivasi serta memberi semangat kepada pelajar bukan sahaja dalam bidang akademik, malahan untuk berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

Kadar yuran yang dikenakan juga amat berpatutan. Masa Tuisyen juga adalah bergantung kepada keselesaan anda. Kebiasaanya pada waktu petang dan waktu malam adalah yang paling sesuai bagi hari isnin hingga jumaat. Manakala bagi sabtu dan ahad serta cuti persekolahan tuisyen akan berjalan seperti biasa bergantung kehendak pelajar. kami sentiasa berusaha dan komited untuk memastikan segala pelaburan anda akan memberi hasil jangka masa pandang bukan hanya di dunia malah di akhirat kelak. Insya Allah.

PAKEJ TUISYEN YANG KAMI TAWARKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT :

1) Kelas Al-Quran dan Tajwid. (Remaja & Dewasa)

2) Kelas Iqra' (Sekolah Rendah)

3) Kelas KAFA : fardhu ain (darjah 1 hingga Ting 5)

4) Subjek Sekolah Rendah :
Tahun 1-6(UPSR): Pendidikan Islam, Bahasa Arab

5) Subjek Sekolah Menengah
Tingkatan 1-5 (PMR&SPM): Bahasa Arab, Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-quran dan Al-Sunnah

KAWASAN :
Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Beverly Hills, Kolombong, Inanam, Likas Menggatal dan sekitar Kota Kinabalu amnya

Akhir kata, sokongan dari anda amatlah kami harapkan untuk memastikan segala usaha melahirkan generasi celik al-Quran ini tercapai. Semoga pelaburan tuan/ puan ini akan memberikan manfaat yang besar di dunia & akhirat. Semoga Allah merahmati dan memberkati segala amalan kita. Semoga usaha kita semua dalam menghayati dan mengamalkan ajaran islam mendapat redha dan keberkatan dari Allah s.w.t.


“ke arah melahirkan generasi celik al-Quran”

Untuk Maklumat lanjut hubungi ust Muhammad Qasim : 0148282925


2 comments:

  1. Jackpot city casino site - Lucky Club
    Jackpot city casino 카지노사이트luckclub site. Jackpot city casino. Jackpot city casino. Jackpot city casino. Jackpot city casino. Jackpot city casino. Jackpot city casino. Jackpot city casino. Jackpot city casino

    ReplyDelete
  2. Borgata Hotel Casino & Spa - Mapyro
    Borgata Hotel 김천 출장샵 Casino & 제주 출장마사지 Spa. Mapyro, United States. Borgata Hotel Casino & Spa. 충청북도 출장안마 1 Borgata Way Atlantic City, 수원 출장마사지 NJ 08401 Mapyro, United States. 강원도 출장샵

    ReplyDelete